12 Apr 2019

DALAM MIMPI

Aku faham,
mengerti
sekarang bukan aku yang kau sering mimpikan,
bukan aku yang selalu kau igaukan,
dan pada hari-hari seterusnya
bukan aku
masih bukan aku
yang kau akan angankan

Hari ini, malam ini,
bukan seperti hari-hari di kebiasaanya,
aku nekad, untuk malam ini,
mimpi kau adalah aku,
senyuman kau ditiap lena nya tidur itu
adalah disebabkan aku

Cari aku,
aku didalam gelapnya mimpi kita,
yang sudah lama tidak diterangkan dengan api cinta,

Cari aku,
aku menuju ke mimpimu,
aku fikir tidak salah untuk memberimu kejutan,
kerana selama ini aku lah yang selalu berada di fikiranmu
sebelum dia

Aku mainkan semula pita video kenangan kita dalam mimpimu,
Keluarkan semua, dan layarkan segalanya,
Lihat, kau masih tersenyum, disaat kau mimpikan kita,
Untuk malam ini, hanya untuk malam ini
biar aku tatap senyum itu

Maaf sayang,
aku harus pergi,
kau akan terjaga sebentar lagi,
dan aku juga akan kembali ke realiti,
yang membuat hatiku luka,
walaupun dalam mimpi,
izinkan aku tembusinya lagi
untuk malam ini.

WANNA ONE WORLD TOUR In Kuala Lumpur 21.07.2018

ALL I WANNA DO! WANNA ONE!

Although im listen to Korea Pop since 2012, but Wanna One group pertama yang aku dapat attend konsert dorang.

Aku mula-mula macam "apehal la buat group macam ni tapi nanti disband jugak" like i didnt give a F with all this Produce 101. Sebab rasamacam waste of time and etc.

So its start late sebab ada suatu hari tu aku rasa barai teruk and takboleh chill so i watched youtube yang TRY NOT TO LAUGH CHALLENGE, ada keluar masa tu Wanna One dalam dorm, yang setiap member kena present lawak masing-masing and make others ketawa. Ada satu scene woojin jadi tarzan and how gigih he is siap susun all the animals keliling dia.

Start dari situ la aku dengar Beautiful, Burn It Up, and follow this group and Im so sad that masa aku blog this content, theyre not in a group anymore. Fuhh.

Aku pergi alone, sebab nak cari geng yang sama minat is so hard, jadi "benda boleh solo, kenapa nak berteman" HAHAHAHA, so I just go by myself.

Pergi tu aku sempat la record a view video and pic tapi dont expected it to be in good quality. Aku kalau boleh just nak letak my phone in a pocket, nak enjoy ja that moments, tapi dorang sementara so why not records some to make a memories.

Gigih aku, walaupun memang tak boleh rakam or take pics in a concert, but i have to. Ticket Wanna One is so mahal and i dont know why. But still, im going anywhere.

My fav is Park Ji Hoon anyway.





Here is the video, click the link below!


WANNA ONE WORLD TOUR In Kuala Lumpur 21.07.2018

4 Oct 2017

2

I pray my daughter never lays in bed late at night crying over a low life boy & wondering what she did so wrong.

2 Aug 2017

1

Anyone can make you happy by doing something sweet but only someone special can make you happy without doing anything.

1

"Kalau jatuh, kena belajar utk bangun. Tak apa menangis, tapi jangan lama lama, sebab anak lelaki kena kuat"

10 Jul 2017

SAME OLD LOVE

Saat kau ucap madah cinta
Kau ukir kata kata
Sumpah terlalu indah
Kau janji takkan pisah

Kau kata sayang hingga ke mati
Kau sudah kunci hati
Tapi engkau pergi
Tanpa sempat kau toleh lagi

Sungguh kau yang pertama
Sungguh kau yang utama
Lalu kau kembali pada yang lama
Lalu kau pulang ke hati yang sama

Aku hanya persinggahan
Aku hanya pilihan
Sakitnya aku kau buang
Saat engkau terlalu ku sayang

I am STRONG

No Update for the past 3/4 months. I'm in my weaker time. Everything seems so down and I'm not in a good condition.

But everything went well now. Syukur. And I'm comin' back stronger then before!

Oh, Sempat lagi ni nak ucap SELAMAT HARI RAYA !

Stay tuned for MORE!

SOOOON!

8 Apr 2017

DRY

Lihat
bibir aku
kini tertutup rapat
terkatup
bagai terlekat
yang satu masa dahulu
pernah meneguk "kata2" manis
dan "janji2" bergula
yang enak rasanya dilidah
terus sampai ke hati

Dan lihat lagi
kini bibir itu kering
merekah
berdarah
kehausan "kata2" mu
yang pernah kau tuang dulu
kini setitik pun tidak kau beri

Pandang aku
aku kehausan
kekeringan
dulunya mata mu itu
redup memandang aku
tapi kenapa ianya kini
kosong
sepi?

Walau kuat mana kita cuba
kita takkan dapat kembali
berdua, bersama
ibarat cuba kau mekarkan kembali
bunga yang sudah kering
itu hanya kerja Tuhan
kalau ada, ada
kalau tiada, sudah,
jangan dicari

kering

ibarat kelopak bunga yang hilang baunnya
hilang cantiknya
begitu juga memori kita

dengar
hati aku itu keras
takkan mampu kau tanam cinta sekali lagi
walau berjuta kali kau gali

dan malangnya
kini
ia turut
kering




4 Apr 2017

WALLS

Kadang2 aku lupa
yang 'kita' itu sudah tiada

Semalam
aku bertandang
ke ruangan 'kita'
yang sudah lama
kau tinggalkan
dan yang ada cuma
empat dinding
yang tiap kali aku pandang
ia melukiskan kenangan kita

Jadi hari ini
aku datang
aku cat dinding itu
hitam
legam
biar hilang
biar gelap
biar tak ternampak
biar tak teringat

Dan kau
ku letak jauh
ke dasar
supaya
selepas ini
dan masa2 nanti
kau
tidak ku cari lagi
tidak ku gali kembali

walaupun nanti
aku mahu






POWER BANG !



Disclaimer // All opinions are my own and my reviews and goods that I show are not sponsored unless said so.
I created a Blog to learn and share more about beauty, fashion, skincare and lifestyle tips, therefore any hateful comments will be deleted. Chillah!.

Hye!

Its 04/04/2017 !

Semue orang dalam dunia sekarang aku rasa "wajib" ada smartphone and kau pegi memane pun kau nampak orang duk tunduk "bertasbih" depan phone memasing sampaikan kau rasa ganjil gile kalau tak pegang phone sehari.

Eh, takyah sehari, aku bagi ko sejam je. Tengok canne peginya. HAHA.
Takyah cakap orang, aku pun sama.

Pasal smartphone nie nanti la aku buat story untuk next feed.

So untuk yang 24/7 duk melekat depan phone nie. Power Bank is ESSENTIALS!

Terutama macam aku ni yang bateri phone cepat drain, kene ade 'PIKACHU' bergerak nie.
Senang nak kemane mane
Kalau time raye ko takya berebut extension dengan sanak saudara. Kau orang raya2 nak bermaaf maafan kang tetibe masam muka sebb plug kene rembat dengan pak sedara. HAA.

ataupun kau outing ngan kengkawan, depaa da upload gambaq kat IG & etc tapi hg tengah malam atau esokknya baru post. Sebab apa? sebab phone mati masa edit gambaq.
HAA.

Jadik engko pikir ape lagi.

Meh tengok ni. Sampai bila engko nak harap Powerbank kawan?

Dorang tinggal nak potong je wayar usb charger ko yang duk bergayut kat powerbank dorang tu.

So LAZADA sekarang nie ade SALE gile babeng tau!
Jadiknye kau boleh intai2 ape yang tengah SALE
kalau duit ko abis jangan salahkan aku. aku bagitau je.



Nie yang aku jumpe tu, Tekan Click Here untuk pergi terus berjumpe dengan empunya badan.



RM 53.55 untuk 20000MAH. Berbaloi kot. Menurut sumber member aku. Kita boleh charge phone 8 kali kalau gune yang nie. Lepastu FREE pouch pulak tu.
Tanpa berlengah aku terus angkat 1. Gune acc kawan aku and dia punya MAYBANK ONLINE.
so, minggu lepas parcel aku sampai.lets have a look!




Kau tengok die tulis ape. EFFORTLESS SHOPPING.
sebenarnye die nak perli kau. patutnye die tulis "UNTUK YANG MALAS NAK KE KEDAI". haa.

Gambo monster tu aku edit, untuk hide details aku. its just a sticker from pics editor.

So, bende kat atas nie yang aku dapat dalam parcel tu, 



Bila kau ON powerbank tu,die memang 100% charge. Jadik lepas kau bukak parcel, boleh terus gune. Eksyen la sikit depan kengkawan.

So lepas kau da gune abis, baru charge 8 Jam. Untuk jaga ketahanan bekterinya (SUMBER: Kengkawan Bagitau aku)

Dekat Invoice nanti pun die ada bagitau:
"PLS USE UNTILL 0% AND RECHARGE 8 HOURS. TQ."

Aku takde dapat projek dengan LAZADA untuk bende nie. tapi bende baik kenapa aku takleh kongsi kan?
selamat shopping di LAZADA k. Berpada lah. Elak makan nasik dengan air je ujung bulan nanti.

Aku harap LAZADA baca blog aku and sponsor aku untuk next SHOPPENING section.

Till next entry,BYE!




3 Apr 2017

PENANG JOURNEY

PART 1

Da lame bende nie aku plan
Dan selalu je takjadik
Aku nie kau tak boleh cakap
"weyh, jom pegi ----"
then aku macam "bila? nak join"

Haa
so Penang ni One of my vacation dreams list.
aku pikir byk kali bila la boleh pergi
this is my last semester
jadik aku rasa this is the right time
walaupun
hakikatnya
Final Year Project masih terbengkalai

Aku tak expect nak post pasal ni
sebab aku baru ada blog lepas pergi penang
jadik aku tak ambik gambar on every angle of  PENANG
Lets Begin!

Lepas kelas last aku hari khamis tu,
terus cabut pi beli tiket
kelas aku start kul 9 abis kul 12
kelas 3 jam
aku beli tiket gerak kul 1.30
lepas beli tiket tu
terus balik packing barang
HAHAHA
lincah gila
tulaa jadik lelaki simple mcm aku

beli tiket:
TANJONG MALIM--BUTTERWORTH
rm40

so here the tips:
even thou dia tulis TM-Butterworth macam straight takkde berenti2 kan?
tapi nanti dia akan berenti terminal AMAN JAYA
ambik passengers kat situ.
so tipsnya kau beli tiket transit.
TM--AMAN JAYA
sampai AJ kau turun, beli ke Butterworth pulakk
Lagi jimat

Aku rasa kau untung dalam 10 inggit
tinggalnya masa tu aku taktau and jenis pemalas nak bekejaran carik tiket
so kalau nasib kau baik
ko naik balik bas yang sama tapi dengan harga yang lagi jimat


Nie video tiket aku, sebab ambik gambar its too mainstream



tunggu part 2 punye,  aku penat taip pepanjang mcm nie


26 Mar 2017

GROWING UP

membesar menjadi seorang aku
seorang kamu
bukan mudah
dan sedari kecil
sudah tertanam siap2
benih 'kesunyian'
yang mana tanpa kita sedar
turut sama2 membesar
di dalam diri
dan mungkin
ianya kini
seusia kita

makin tua
makin mengerti
ramai orang akan 'pergi'
tinggalkan kita
sama ada suka atau tak
itu kerja 'DIA'

kita selalu dengar
atau pernah dengar
dari siapa2
dari mana2
'nanti mati sorang2 jugak'

kita bukannya lemah
tanpa orang lain
kita cuma tak mampu sendiri
untuk jalani hari2

matang
adalah mereka yang menerima hakikat
bahawa tiap yang hidup
pasti akan mati

bila sampai masanya
jangan jatuh
jangan rebah
jangan lupa
Allah tetap ada
dan mati nanti
kita cuma pergi
bersama
AMAL

23 Mar 2017

OBSES

Dress pendek, kasut tumit tinggi, gincu merah menyala, rambut perang berkarat. 
Takda siapa percaya kalau depan nama dia ada “NUR” atau “SITI”.
“Eh, semalam bukan main ko melaram. Hari ni pakai jubah ngan tudung pulak?. 
Alhamdulillah sejuk mata aku tengok ko macam ni.”
“Pakwe aku la ni suruh. Dia tak suka tengok aku seksi. Tak sanggup orang lain tengok katanya”
Berubah semata-mata taknak buat pakwe kecewa? Bukan sebab mak ayah?. Bukan sebab agama?. 

***

“Weh, hari ni kitorang nak kelua, pegi kedai Fixi. Habiskan baucer. Nak ikut?”
“Taklah. Pakwe aku tak bagi keluar harini. Kalau nak keluar pun kena ada dia. Korang pegi je lah k”
Sejak bila nak keluar rumah kena ada izin pakwe?. Tak tau pulak kalau pakwe die Ketua kat Jabatan Pertahanan sampai kenakan perintah berkurung. Darurat?. 

***

“Good night papa, sweet dream!. Love You”
“Sweetnye kau dengan ayah  kau. Family bond sangat. Serious aku segan  nak cakap macam tu kat ayah aku”
“Haha, lawak la kau. Aku tepon pakwe aku lah. Dia papa, aku  mama. Bahagia kan?”
Apa lancau couple guna papa mama  

***

CINTA
Dan
OBSESI.