membesar menjadi seorang aku
seorang kamu
bukan mudah
dan sedari kecil
sudah tertanam siap2
benih 'kesunyian'
yang mana tanpa kita sedar
turut sama2 membesar
di dalam diri
dan mungkin
ianya kini
seusia kita
makin tua
makin mengerti
ramai orang akan 'pergi'
tinggalkan kita
sama ada suka atau tak
itu kerja 'DIA'
kita selalu dengar
atau pernah dengar
dari siapa2
dari mana2
'nanti mati sorang2 jugak'
kita bukannya lemah
tanpa orang lain
kita cuma tak mampu sendiri
untuk jalani hari2
matang
adalah mereka yang menerima hakikat
bahawa tiap yang hidup
pasti akan mati
bila sampai masanya
jangan jatuh
jangan rebah
jangan lupa
Allah tetap ada
dan mati nanti
kita cuma pergi
bersama
AMAL
26 Mar 2017
23 Mar 2017
OBSES
Dress pendek, kasut tumit tinggi,
gincu merah menyala, rambut perang berkarat.
Takda siapa percaya kalau depan
nama dia ada “NUR” atau “SITI”.
“Eh, semalam bukan main ko
melaram. Hari ni pakai jubah ngan tudung pulak?.
Alhamdulillah sejuk mata aku
tengok ko macam ni.”
“Pakwe aku la ni suruh. Dia tak
suka tengok aku seksi. Tak sanggup orang lain tengok katanya”
Berubah semata-mata taknak buat
pakwe kecewa? Bukan sebab mak ayah?. Bukan sebab agama?.
***
“Weh, hari ni kitorang nak kelua,
pegi kedai Fixi. Habiskan baucer. Nak ikut?”
“Taklah. Pakwe aku tak bagi
keluar harini. Kalau nak keluar pun kena ada dia. Korang pegi je lah k”
Sejak bila nak keluar rumah kena
ada izin pakwe?. Tak tau pulak kalau pakwe die Ketua kat Jabatan Pertahanan
sampai kenakan perintah berkurung. Darurat?.
***
“Good night papa, sweet dream!.
Love You”
“Sweetnye kau dengan ayah kau. Family bond sangat. Serious aku segan nak cakap macam tu kat ayah aku”
“Haha, lawak la kau. Aku tepon
pakwe aku lah. Dia papa, aku mama.
Bahagia kan?”
Apa lancau couple guna papa mama
***
CINTA
Dan
OBSESI.
Friends
Kepada Sang Sahabat:
bacalah ini
andai
ada satu masa nanti
kau rasa aku berubah
dan makin menjauh
satu hal yang kau perlu tahu:
kita semakin dewasa
semakin mengerti 'dunia',
kau, aku
sama2 sibuk mengejar cita
ada amanah yang dipegang
ada tanggungjawab yang dipikul
dan keadaan itu memaksa kita
untuk tidak selalu berhubung
takkda sebab utk aku selalu text,
whatsapp kau 'selalu'
retweet kau 'selalu'
jalan berdua 'selalu'
sebab hakikatnya
dunia ini bukan hanya wujud
kau
dan
aku
cuma aku nak kau tau
bila nanti kau rasa payahnya hidup
rasa lemahnnya untuk melangkah
jangan risau
aku ada
untuk jadi tempat kau bersandar
dan bahu ini
boleh kau pinjam
untuk kau berpaut
itu aku boleh jamin
DON'T CRY
Kalaupun dia pergi
Jangan nangis
Jangan lemah
Kita hilang orang yang kita sayang
tak terkesan
lama2 nanti elok balik
lama2 kita lupa dia
Tengok dia,
dia hilang orang yang sayangkan dia
ikhlas
walaupun dia tak layan
sebab nanti dia baru perasan
keliling dia
yang ada manusia palsu
yang sayangnya jauh sekali
dan nanti dia terduduk
terkenang
mana perginya kita
yang selalu menyebut namanya
di setiap doa.
Jangan nangis
Jangan lemah
Kita hilang orang yang kita sayang
tak terkesan
lama2 nanti elok balik
lama2 kita lupa dia
Tengok dia,
dia hilang orang yang sayangkan dia
ikhlas
walaupun dia tak layan
sebab nanti dia baru perasan
keliling dia
yang ada manusia palsu
yang sayangnya jauh sekali
dan nanti dia terduduk
terkenang
mana perginya kita
yang selalu menyebut namanya
di setiap doa.
18 Mar 2017
IF
Dan andai saja
Waktu itu
Kau tarik tangan aku
Kau rayu jangan lepas
Mungkin
Tika ini
Saat ini
Aku wujud
Dalam duniamu
Waktu itu
Kau tarik tangan aku
Kau rayu jangan lepas
Mungkin
Tika ini
Saat ini
Aku wujud
Dalam duniamu
16 Mar 2017
RAIN
Basah,
Titis hujan mulai turun,
Mulai mengalir
menyentuh pipi
dan juga
Hati
Tetaplah kau disini
Disamping aku
kerana aku
Masih muda, mudah takut
walaupun aku tahu
aku sedar
hujan ini
titis ini
satu masa nanti
akan berhenti,
Kebasahan
aku sendiri tidak punya upaya
untuk mencari teduhan
hanya disini
menunggu
menunggu titis hujan ini
berhenti
membawa pergi
bersama tangis
Titis hujan mulai turun,
Mulai mengalir
menyentuh pipi
dan juga
Hati
Tetaplah kau disini
Disamping aku
kerana aku
Masih muda, mudah takut
walaupun aku tahu
aku sedar
hujan ini
titis ini
satu masa nanti
akan berhenti,
Kebasahan
aku sendiri tidak punya upaya
untuk mencari teduhan
hanya disini
menunggu
menunggu titis hujan ini
berhenti
membawa pergi
bersama tangis
13 Mar 2017
MOVE ON
Move on,
senang sebut, payah nak buat
sebab kita punya sayang bukan cetek macam lopak air,
sayang kita dalam, sedalam laut yang tak berdasar.
Susahnya kita,
sayang orang dalam2,
kasih orang sungguh2.
bila dia pergi,
kita yang tersungkur.
Susahnya kita,
lupakan dia yang pernah makan sepinggan,
tido sebantal,
naik moto se'seat'
tapi bila dia takada
kita rasa separuh diri ni hilang.
Dan perlahan lahan waktu berjalan,
dimana kita rendahkan ego
hantar text maaf
berharap hubungan akan baik,
tapi kita lupa,
maaf boleh terima,
tapi benda takkan sama.
kita salah, kita mintak maaf.
Dia salah, kita mintak maaf.
Kelakarkan? :)
I always want to keep us forever,
but you're the one who pick up the knife and kill 'us'
Banyak kali kita cuba
tapi dia tak pandang
dia kata 'ok, tak berubah pun, biasa je'
tapi kita dapat rasa
dalam kata2 dia tu
penuh rasa kedinginan
sampai kita kesejukkan dan mengigil kesunyian.
sampailah satu masa
kita belajar untuk melepaskan
bila kita sudah tidak dianggap
sudah tidak bererti
takkada faedah untuk terus menanti
jadi kita pilih untuk
pergi
Kusudukan kata2 mu dulu,
yang kita akan kekal bersama,
walau apa pun keadaan,
walau apa pun halangan,
tapi kau lupa kata2 mu sendiri,
jadi biar kuhadam janji itu,
lumat, hancur,
sungguh,
pahit rasanya janji palsu.
tapi kutelan laju,
sehingga akhirnya tiada rasa.
sehingga disuapan terakhir itu,
titis2 air mula keluar dari tubir mata.
senang sebut, payah nak buat
sebab kita punya sayang bukan cetek macam lopak air,
sayang kita dalam, sedalam laut yang tak berdasar.
Susahnya kita,
sayang orang dalam2,
kasih orang sungguh2.
bila dia pergi,
kita yang tersungkur.
Susahnya kita,
lupakan dia yang pernah makan sepinggan,
tido sebantal,
naik moto se'seat'
tapi bila dia takada
kita rasa separuh diri ni hilang.
Dan perlahan lahan waktu berjalan,
dimana kita rendahkan ego
hantar text maaf
berharap hubungan akan baik,
tapi kita lupa,
maaf boleh terima,
tapi benda takkan sama.
kita salah, kita mintak maaf.
Dia salah, kita mintak maaf.
Kelakarkan? :)
I always want to keep us forever,
but you're the one who pick up the knife and kill 'us'
Banyak kali kita cuba
tapi dia tak pandang
dia kata 'ok, tak berubah pun, biasa je'
tapi kita dapat rasa
dalam kata2 dia tu
penuh rasa kedinginan
sampai kita kesejukkan dan mengigil kesunyian.
sampailah satu masa
kita belajar untuk melepaskan
bila kita sudah tidak dianggap
sudah tidak bererti
takkada faedah untuk terus menanti
jadi kita pilih untuk
pergi
Kusudukan kata2 mu dulu,
yang kita akan kekal bersama,
walau apa pun keadaan,
walau apa pun halangan,
tapi kau lupa kata2 mu sendiri,
jadi biar kuhadam janji itu,
lumat, hancur,
sungguh,
pahit rasanya janji palsu.
tapi kutelan laju,
sehingga akhirnya tiada rasa.
sehingga disuapan terakhir itu,
titis2 air mula keluar dari tubir mata.
5 Mar 2017
PALACE OF MEMORIES
Sehari dua ini seringkali kaki ini mudah melangkah ke istana kenangan.
Melangkah ke dalam istana kenangan itu sendiri sama alasannya dengan mengapa kita mengulang kembali membaca sebuah buku yang sudah kita letakkan penandanya di muka surat terakhir sebelum ini.
Pastinya kita ingin mengetahui semula jalan ceritanya, mahu mengingat apa yang ditinggalkan dan diraih di sepanjang perjalanan cerita.
Walaupun hakikatnya, kita tahu pengakhiran jalan itu amat menyedihkan.
Melangkah ke dalam istana kenangan itu sendiri sama alasannya dengan mengapa kita mengulang kembali membaca sebuah buku yang sudah kita letakkan penandanya di muka surat terakhir sebelum ini.
Pastinya kita ingin mengetahui semula jalan ceritanya, mahu mengingat apa yang ditinggalkan dan diraih di sepanjang perjalanan cerita.
Walaupun hakikatnya, kita tahu pengakhiran jalan itu amat menyedihkan.
Words
Aku tahu, aku selalu ucap kata sedih untuk sesuatu yang bukan di tempatnya.
Untuk setiap perasaan yang mengalir dari jiwa hanya untuk memenuhi setiap ruang hatimu,
Sedih bukan salahnya aku memberi seluruh hati kepadamu.
Sedih aku kerana aku melakukan perkara yang betul dan engkau tidak dapat melihatnya.
Aku sedih melihat engkau selamanya berputus asa, dengan sesuatu yang sementara.
Untuk setiap perasaan yang mengalir dari jiwa hanya untuk memenuhi setiap ruang hatimu,
Sedih bukan salahnya aku memberi seluruh hati kepadamu.
Sedih aku kerana aku melakukan perkara yang betul dan engkau tidak dapat melihatnya.
Aku sedih melihat engkau selamanya berputus asa, dengan sesuatu yang sementara.
Short Story
MAK
"Kringgggg", "Kringgggg" jam loceng sudah memekik disebelah katilnya.
Akil masih kejung tidak bergerak, lena sungguh tidurnya barang kali.
"Kil, bangun! Harini first day sekolah! bangun cepat!" laung mak dari dapur.
----senyap, hanya bunyi cengkerik kedengaran----
"Ehh, tak gerak lagi budak ni"
Laju derap kaki mak menuju ke bilik Akil, pantas pintu dikuak, lampu segera dihidupkan.
"Ya Allah, tak bangun lagi budak nie. Kil! Ooo Kil!. Bangun, sekolah sekolah!"
Akil hanya mengangkat kepalanya sambil mata masih terpejam rapat.
"Ye la mak, kejap"
"Kejap, kejap. Dah pukul berape dah. Lekas bangun"
Serentak langkah emaknya menuju semula ke dapur, akil kembali merebahkan kepalanya ke bantal. Mengantuk tahap memang tak boleh dibawak berbincang.
-------10 minit kemudian--------
"Senyap je budak tu, selalu kalau mandi dengar jugak die menyanyi, selagi tak rakam 12 lagu dalam bilik air tu, selagi tu tak keluar keluar"
Mak menuju semula ke bilik Akil dengan niat untuk mengecheck status anaknya itu.
"Ya Allah, tak bangun lagi! bertuah punya budak"
Mak pantas mengambil patung patrick yang berada di atas lantai hasil kuak lentang yang dilakukan oleh akil semasa tidur dan selepas itu........
Bukk! patrick tadi selamat tiba dan tepat mengenai sasaran.
"Adoi, Mak! Sakit la" segera Akil bangkit dari tidur sebab dia tahu mak bakal melancarkan serangan level 2 sekiranya dia masih diam di atas katil.
"Haaaa, tu baru teddy bear tau, belum yang lain. Bangun cepat. semalam pukul 10 lagi aku dah suruh tido". Biasalah mak, bila masa je tak pernah ada tenaga untuk bercakap. Dan aku suka begitu. Sekurangnya aku masih ada mak dan mak ambik berat pasal aku.
HAVE YOU EVER?
ONE
Pernah tak kita ada kawan rapat gila babs masa dulu tapi sekarang macam tak pernah kenal?.
Kenangan
Memori
Kau buanglah sejauh mana, satu hari nanti benda tu jugak kau akan kutip balik.
Satu hari nanti kau akan sedar,
kerana ego, kerana nak puaskan hati,
kau hilang 'that someone'
Semua orang buat salah, buat silap,
dan semua orang boleh memaafkan,
kerana memaafkan orang itu satu tuntutan,
tapi berapa ramai yang berjaya melupakan?
Bila mana orang yang selalu ada untuk kau hilang,
kau cari dia dalam gelapnya alam,
teraba raba, tercari cari dia yang telah pergi menjauh
Kehilangan
Nanti kau akan rasa,
Ya, aku yakin
nanti kau rasa
4 Mar 2017
Positive Vibe +
#1
Remember the one who always there to pick up the pieces of you and glue it again bila hidup kau barai dan berkecai.
#2
Dalam dunia nie, kita buat apa pun orang tetap akan persoalkan. Buat baik orang mengutuk buat jahat apatah lagi. Satu je kite kena ingat, buat benda apa pun, selalu tanya pada diri sendiri "Am I okay with my God if I do 'this' or if I do 'that'?. Selagi kita buat tu tak mendatangkan kemurkaan Tuhan, go on. Sebab keberkatannya ada. Mulut orang mana boleh tutup :)
#3
Dalam sehari kita boleh happy, kita boleh sedih.
Ada senyum, ada tangis.
Ada hari kita senang, ada hari kita rasa susahnya hidup ni
Tapi dalam situasi apa pun,
Solat jangan tinggal.
Tuhan bantu.
Start somethin NEW!
Am I Too late?
As a 24 years old, am I too late to start this thing? HAHA. Lawak. But I'm tryin to get used to it. #YOLO
Before everything's end, I want to give a try. So, I've no regrets nanti.
Wait for my updates!
Cauu.
Before everything's end, I want to give a try. So, I've no regrets nanti.
Wait for my updates!
Cauu.
Nagging!
PRIORITIES
Pernah tak dalam hidup rasa yang you need someone to listen to you and understand you.
Pernah ada kawan yang bagitau korang
"If you're in trouble, if you need someone to hold your hand, you can always count on me"
atau dia cakap something macam "don't worry i'll always be there for you".
Hakikatnya kita semue full with ourself.
Sebab norma nya begitu.
PRIORITIES
macam mana benda ni berfungsi?
contoh simple, bila parents ajak keluar makan VS kawan ajak movie.
which one do you prefer to go?
Thats why we need to think back about priorities.
Ada orang dia utamakan keluarga, sebab dia rasa dengan kawan bila-bila boleh lepak lagi.
Ada orang dia ketepikann keluarga, semata-mata nak seronok dengan kengkawan dia.
Think guys.
Benda mudah yang kau boleh fikir "siapa yang ada nanti masa jatuh bangun kau"
Ya, kawan ada time seronok, time takkda masalah. Tapi satu benda kau kene ingat, sampai bila kawan selalu ADA?. Dorang jugak ada hidup sendiri, end of the day, Family is everything.
Ini contoh je aku bagi. Banyak lagi situasi lain yang kau kene bagi keutamaan dulu sebelum yang lain.
Thinks! I'm not good with words but before you do something remember to give PRIORITIES!
3 Mar 2017
Midnight
#1
Duduknya masih disitu
dikerusi usang menanti patah
matanya tidak dipejam
takut-takut yang dinanti itu datang
Duduknya masih disitu
dengan secawan kopi elok terhidang
senyumnya diukir riang
wajah muram disorok dalam
Duduknya masih disitu
tidak bergerak walau selangkah
tangan menadah penuh berharap
agar disana ketemu jalan
Hari berganti
Malam berlalu
Bangkit dia dari duduknya
mengatur langkah menapak perlahan
mungkin kebosanan dia menunggu
mungkin kepenatan dia menanti
mungkin terhakis sudah sabarnya
Mungkin juga dia ke dapur
menghangatkan kopi yang ditiup sejuk
selesai kerjanya nanti, kembali dia duduk disitu.
#2
Ayuh hati kita pulang
usah kau merayu dia lagi
usah dikenang semua lagi
bukankah kau telah dibuang?
Ayuh hati kita pulang
mari kita ke tempat asal
bukankah kita masih berumah?
walau ditolak pecah berderai
walau dipijak lunyai berdarah
kita masih berdetak, masih lagi berdenyut
Ayuh hati kita pulang
tempat kita bukan disini
dia mengambil kita tanpa rasa cinta
lalu menolak kita tanpa belas
itukah dulu yang memujuk kalbu?
supaya percaya bahawa dia yang satu
lalu tanpa ragu ku serahkan jiwa
lihat, betapa bodohnya aku
Ayuh hati kita pulang
sudah terlalu teruk kondisimu kulihat
hulurkan aku peti bahagia
akan ku rawat lukamu
akan ku jahit sakitmu
sebelum sedih bertambah dalam
Ayuh hati kita pulang
pulang kepada yang memberi rasa
kita tersalah jalan
tersasar tujuan
DIA masih setia menunggu
menanti hati yang benar ikhlas
tulus
mencintainya.
usah kau merayu dia lagi
usah dikenang semua lagi
bukankah kau telah dibuang?
Ayuh hati kita pulang
mari kita ke tempat asal
bukankah kita masih berumah?
walau ditolak pecah berderai
walau dipijak lunyai berdarah
kita masih berdetak, masih lagi berdenyut
Ayuh hati kita pulang
tempat kita bukan disini
dia mengambil kita tanpa rasa cinta
lalu menolak kita tanpa belas
itukah dulu yang memujuk kalbu?
supaya percaya bahawa dia yang satu
lalu tanpa ragu ku serahkan jiwa
lihat, betapa bodohnya aku
Ayuh hati kita pulang
sudah terlalu teruk kondisimu kulihat
hulurkan aku peti bahagia
akan ku rawat lukamu
akan ku jahit sakitmu
sebelum sedih bertambah dalam
Ayuh hati kita pulang
pulang kepada yang memberi rasa
kita tersalah jalan
tersasar tujuan
DIA masih setia menunggu
menanti hati yang benar ikhlas
tulus
mencintainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)