8 Apr 2017

DRY

Lihat
bibir aku
kini tertutup rapat
terkatup
bagai terlekat
yang satu masa dahulu
pernah meneguk "kata2" manis
dan "janji2" bergula
yang enak rasanya dilidah
terus sampai ke hati

Dan lihat lagi
kini bibir itu kering
merekah
berdarah
kehausan "kata2" mu
yang pernah kau tuang dulu
kini setitik pun tidak kau beri

Pandang aku
aku kehausan
kekeringan
dulunya mata mu itu
redup memandang aku
tapi kenapa ianya kini
kosong
sepi?

Walau kuat mana kita cuba
kita takkan dapat kembali
berdua, bersama
ibarat cuba kau mekarkan kembali
bunga yang sudah kering
itu hanya kerja Tuhan
kalau ada, ada
kalau tiada, sudah,
jangan dicari

kering

ibarat kelopak bunga yang hilang baunnya
hilang cantiknya
begitu juga memori kita

dengar
hati aku itu keras
takkan mampu kau tanam cinta sekali lagi
walau berjuta kali kau gali

dan malangnya
kini
ia turut
kering




4 Apr 2017

WALLS

Kadang2 aku lupa
yang 'kita' itu sudah tiada

Semalam
aku bertandang
ke ruangan 'kita'
yang sudah lama
kau tinggalkan
dan yang ada cuma
empat dinding
yang tiap kali aku pandang
ia melukiskan kenangan kita

Jadi hari ini
aku datang
aku cat dinding itu
hitam
legam
biar hilang
biar gelap
biar tak ternampak
biar tak teringat

Dan kau
ku letak jauh
ke dasar
supaya
selepas ini
dan masa2 nanti
kau
tidak ku cari lagi
tidak ku gali kembali

walaupun nanti
aku mahu






POWER BANG !



Disclaimer // All opinions are my own and my reviews and goods that I show are not sponsored unless said so.
I created a Blog to learn and share more about beauty, fashion, skincare and lifestyle tips, therefore any hateful comments will be deleted. Chillah!.

Hye!

Its 04/04/2017 !

Semue orang dalam dunia sekarang aku rasa "wajib" ada smartphone and kau pegi memane pun kau nampak orang duk tunduk "bertasbih" depan phone memasing sampaikan kau rasa ganjil gile kalau tak pegang phone sehari.

Eh, takyah sehari, aku bagi ko sejam je. Tengok canne peginya. HAHA.
Takyah cakap orang, aku pun sama.

Pasal smartphone nie nanti la aku buat story untuk next feed.

So untuk yang 24/7 duk melekat depan phone nie. Power Bank is ESSENTIALS!

Terutama macam aku ni yang bateri phone cepat drain, kene ade 'PIKACHU' bergerak nie.
Senang nak kemane mane
Kalau time raye ko takya berebut extension dengan sanak saudara. Kau orang raya2 nak bermaaf maafan kang tetibe masam muka sebb plug kene rembat dengan pak sedara. HAA.

ataupun kau outing ngan kengkawan, depaa da upload gambaq kat IG & etc tapi hg tengah malam atau esokknya baru post. Sebab apa? sebab phone mati masa edit gambaq.
HAA.

Jadik engko pikir ape lagi.

Meh tengok ni. Sampai bila engko nak harap Powerbank kawan?

Dorang tinggal nak potong je wayar usb charger ko yang duk bergayut kat powerbank dorang tu.

So LAZADA sekarang nie ade SALE gile babeng tau!
Jadiknye kau boleh intai2 ape yang tengah SALE
kalau duit ko abis jangan salahkan aku. aku bagitau je.



Nie yang aku jumpe tu, Tekan Click Here untuk pergi terus berjumpe dengan empunya badan.



RM 53.55 untuk 20000MAH. Berbaloi kot. Menurut sumber member aku. Kita boleh charge phone 8 kali kalau gune yang nie. Lepastu FREE pouch pulak tu.
Tanpa berlengah aku terus angkat 1. Gune acc kawan aku and dia punya MAYBANK ONLINE.
so, minggu lepas parcel aku sampai.lets have a look!




Kau tengok die tulis ape. EFFORTLESS SHOPPING.
sebenarnye die nak perli kau. patutnye die tulis "UNTUK YANG MALAS NAK KE KEDAI". haa.

Gambo monster tu aku edit, untuk hide details aku. its just a sticker from pics editor.

So, bende kat atas nie yang aku dapat dalam parcel tu, 



Bila kau ON powerbank tu,die memang 100% charge. Jadik lepas kau bukak parcel, boleh terus gune. Eksyen la sikit depan kengkawan.

So lepas kau da gune abis, baru charge 8 Jam. Untuk jaga ketahanan bekterinya (SUMBER: Kengkawan Bagitau aku)

Dekat Invoice nanti pun die ada bagitau:
"PLS USE UNTILL 0% AND RECHARGE 8 HOURS. TQ."

Aku takde dapat projek dengan LAZADA untuk bende nie. tapi bende baik kenapa aku takleh kongsi kan?
selamat shopping di LAZADA k. Berpada lah. Elak makan nasik dengan air je ujung bulan nanti.

Aku harap LAZADA baca blog aku and sponsor aku untuk next SHOPPENING section.

Till next entry,BYE!




3 Apr 2017

PENANG JOURNEY

PART 1

Da lame bende nie aku plan
Dan selalu je takjadik
Aku nie kau tak boleh cakap
"weyh, jom pegi ----"
then aku macam "bila? nak join"

Haa
so Penang ni One of my vacation dreams list.
aku pikir byk kali bila la boleh pergi
this is my last semester
jadik aku rasa this is the right time
walaupun
hakikatnya
Final Year Project masih terbengkalai

Aku tak expect nak post pasal ni
sebab aku baru ada blog lepas pergi penang
jadik aku tak ambik gambar on every angle of  PENANG
Lets Begin!

Lepas kelas last aku hari khamis tu,
terus cabut pi beli tiket
kelas aku start kul 9 abis kul 12
kelas 3 jam
aku beli tiket gerak kul 1.30
lepas beli tiket tu
terus balik packing barang
HAHAHA
lincah gila
tulaa jadik lelaki simple mcm aku

beli tiket:
TANJONG MALIM--BUTTERWORTH
rm40

so here the tips:
even thou dia tulis TM-Butterworth macam straight takkde berenti2 kan?
tapi nanti dia akan berenti terminal AMAN JAYA
ambik passengers kat situ.
so tipsnya kau beli tiket transit.
TM--AMAN JAYA
sampai AJ kau turun, beli ke Butterworth pulakk
Lagi jimat

Aku rasa kau untung dalam 10 inggit
tinggalnya masa tu aku taktau and jenis pemalas nak bekejaran carik tiket
so kalau nasib kau baik
ko naik balik bas yang sama tapi dengan harga yang lagi jimat


Nie video tiket aku, sebab ambik gambar its too mainstream



tunggu part 2 punye,  aku penat taip pepanjang mcm nie