PART OF ME

8 Apr 2017

DRY

Lihat
bibir aku
kini tertutup rapat
terkatup
bagai terlekat
yang satu masa dahulu
pernah meneguk "kata2" manis
dan "janji2" bergula
yang enak rasanya dilidah
terus sampai ke hati

Dan lihat lagi
kini bibir itu kering
merekah
berdarah
kehausan "kata2" mu
yang pernah kau tuang dulu
kini setitik pun tidak kau beri

Pandang aku
aku kehausan
kekeringan
dulunya mata mu itu
redup memandang aku
tapi kenapa ianya kini
kosong
sepi?

Walau kuat mana kita cuba
kita takkan dapat kembali
berdua, bersama
ibarat cuba kau mekarkan kembali
bunga yang sudah kering
itu hanya kerja Tuhan
kalau ada, ada
kalau tiada, sudah,
jangan dicari

kering

ibarat kelopak bunga yang hilang baunnya
hilang cantiknya
begitu juga memori kita

dengar
hati aku itu keras
takkan mampu kau tanam cinta sekali lagi
walau berjuta kali kau gali

dan malangnya
kini
ia turut
kering




1 comment:

  1. Assalamualaikum.. jemput join segment amer :) ada hadiah menarik jugak :) http://ameridzuan.blogspot.my/2017/05/the-amerzing-bloglist.html

    ReplyDelete

SAME OLD LOVE

Saat kau ucap madah cinta Kau ukir kata kata Sumpah terlalu indah Kau janji takkan pisah Kau kata sayang hingga ke mati Kau sudah kunc...