PART OF ME

4 Apr 2017

WALLS

Kadang2 aku lupa
yang 'kita' itu sudah tiada

Semalam
aku bertandang
ke ruangan 'kita'
yang sudah lama
kau tinggalkan
dan yang ada cuma
empat dinding
yang tiap kali aku pandang
ia melukiskan kenangan kita

Jadi hari ini
aku datang
aku cat dinding itu
hitam
legam
biar hilang
biar gelap
biar tak ternampak
biar tak teringat

Dan kau
ku letak jauh
ke dasar
supaya
selepas ini
dan masa2 nanti
kau
tidak ku cari lagi
tidak ku gali kembali

walaupun nanti
aku mahu






No comments:

Post a Comment

SAME OLD LOVE

Saat kau ucap madah cinta Kau ukir kata kata Sumpah terlalu indah Kau janji takkan pisah Kau kata sayang hingga ke mati Kau sudah kunc...